Domo-kun Confused

Thursday 14 April 2011

~~~** selangkah menjengah insan : Pusat Harian Harapan Bakti **~~~


                    Pada  9  MAC  2011  yang  lalu,  pelajar-pelajar  dari  jurusan  lakonan  dan  pengarahan  Universiti  Sains  Malaysia  yang  mengikuti  kursus  VLP  117 – Drama  &  Teater  Kanak-Kanak  ada  membuat  lawatan  ke  Pusat  Harapan  Harian  Bakti,  Balik  Pulau,  Pulau  Pinang.  Pusat  Harapan  Harian  Bakti  merupakan  sebuah  Pusat  Kanak-Kanak  Istimewa.   Lawatan  ini  telah  diketuai  oleh  Dr.  Aris  bin  Ahmad,  pensyarah  bagi  subjek  ini  dan  ditemani  oleh  2  orang  tutor  iaitu  En.  Halimi  bin  Mohamed  Noh  dan  En.  Roslan  Chin  serta  beberapa  orang  staf  sokongan  USM.
                  Tujuan  lawatan  ini  diadakan  adalah  bagi  membuat  pemerhatian  diagnostik   mengenai  tingkah  laku  kanak-kanak  istimewa  di  pusat  harian  tersebut.  Pemerhatian  yang  dilakukan  ini  seterusnya  akan  disusuli  untuk  mengkaji  hubungan  yang  sesuai  di  antara  kanak-kanak  istimewa  dengan  jenis  persembahan  yang  sesuai  dipersembahkan  kepada  mereka.   Bercakap  mengenai  teater  kanak-kanak,  wujud  perbezaan  yang  amat  jelas  dari  segi  jenis  persembahan  yang  ingin  dipersembahkan  kepada  kanak-kanak  tersebut  mengikut   jenis  kumpulan  dan  kelompok.  Sebagai  contoh,  persembahan  yang  ingin  dipersembahkan  kepada  kanak-kanak  normal  tentu  sahajalah  berbeza  dengan  kanak-kanak  istimewa.  Antara  faktor-faktor  yang  perlu  diambil  kira   adalah  seperti  tahap  kemampuan  fizikal,  tindakbalas  motor  otak,  kemampuan  menghadam  apa  yang  dilihat,  dan  sebagainya.
                           Pusat  Harian  Harapan  Bakti  menempatkan  kanak-kanak  yang  dikatogerikan  sebagai  terencat  akal,  syndrome  down, hyper  active,  mempunyai  kekurangan  upaya  fizikal,  dan  yang  mempunyai  masalah  lembam  dalam  pembelajaran  (slow  learner).  Umur  kanak-kanak  yang  dihantar  di  sini  adalah  sekitar  7  hingga  18  tahun.  Pelajar-pelajar  di  pusat  harian  ini  adalah  sekitar  kurang  daripada  30  orang  pelajar  yang  terdiri  daripada  pelbagai  bangsa  dan  dibahagikan  kepada  2  kumpulan  iaitu  kumpulan  mampu  berdikari  dan  kumpulan  jagaan  rapi.  Pelajar  yang  ditempatkan  dalam  kumpulan  mampu  berdikari  boleh  menjaga  dirinya  sendiri  dan  mampu  menguruskan  diri  terhadap  perkara-perkara  asas,  seperti  ke  tandas,  contohnya,  manakala  kumpulan  jagaan  rapi  pula  memerlukan  guru-guru,  pengasuh,  dan  pembimbing  untuk  melakukan  kerja-kerja  harian.  Guru-guru  di  pusat  ini  adalah  seramai  5  orang  yang  terdiri  daripada  para  sukarelawan  tetap  (tabik  hormat  kepada  mereka).  Selain  2  kumpulan  utama  kanak-kanak  ini,  wujud  lagi  satu  kumpulan  bengkel  iaitu  pelajar-pelajar  kurang  upaya  yang  berumur  18  tahun  ke  atas  yang  melakukan  kerja-kerja  kraf  tangan  dan  kerja-kerja  tetap  untuk  menampung  hidup  (mereka  memasang  komponen-komponen  kecil  daripada  kilang – komponen  elektronik  kalau  tidak  silap  saya.  Mereka  mendapat  upah  daripada  kerja  itu – 30  sen  sekilogram)   Dapatlah  saya  rumus  bahawa  kitaran  hidup  kanak-kanak  di  pusat  harian  ini  seperti  begini :
  • KELOMPOK  JAGAAN  RAPI
(sekitar  umur  7  tahun  hingga  12  tahun  yang belum  mampu  berdikari)
  • KELOMPOK  BERDIKARI
(sekitar  umur  12  tahun  yang  sudah  boleh  berdikari  sehingga  umur  18 tahun)
  • KELOMPOK  BENGKEL
    (18  tahun  ke  atas  dan  boleh  dianggap  sebagai  pekerja kerana melakukan  aktiviti  sara  diri)


 saya dan Ijat menyoal siasat guru kelas tersebut

Objektif  lawatan  ini  adalah  untuk  menilai  tahap  penerimaan  mereka  terhadap  sesebuah  persembahan  (teater  kanak-kanak).  Semasa  kami  di  sana,  kami  dihidangkan  dengan  2  buah  persembahan  oleh  kanak-kanak  yang  dikelompokkan  dalam  golongan  yang  memerlukan  jagaan  rapi.  Persembahan  tersebut  adalah  ‘tarian’  yang  diiringi  oleh  2  buah  lagu  (lagu  pop  lama  sekitar  tahun  80 an  dan  lagu  irama  etnik  kreatif  nyanyian  Noraniza  Idris  kalau  tak  silap  saya).  Sebenarnya,  tarian  yang  dipersembahkan  mereka  hanyalah  beberapa  gerakan  ringkas  (3  step).  Namun,  ia  merupakan  sebuah  pencapaian  yang  besar  bagi  mereka  kerana  berjaya  melakukan  pergerakan  yang  diatur  (disiplin).
                    Daripada  persembahan  sekitar  10  minit  itu,  dapatlah  saya  rumuskan  bahawa  mereka  hanya  boleh  melakukan  gerakan-gerakan  asas  yang  mudah  dan  tidak  terlalu  kompleks  dan  daya  ingatan  mereka  juga  hanya  dapat  mengingati  beberapa  rangkaian  gerakan  sahaja  (sebanyak  lebih  kurang  3 ke  4  step  yang  diulang-ulang  untuk  satu  lagu).  Melalui  perbualan  dengan  segelintir  daripada  mereka  pula,  saya  dapati  bahawa  mereka  mudah  memahami  maksud  yang   disampaikan  dalam  perbualan  namun  ada  juga  diantara  mereka  yang  gagal  mencapai  objektif  itu.  Ada  juga  yang  mengalami  masalah  linguistik  dan  kesukaran  untuk  menyebut  suku  kata  dengan  betul  dan  sempurna.  Saya  berasa  amat  bersalah  ketika  berbual  dengan  seorang  pelajar  yang  bernama  Faiz  ketika  di  pusat  harian  tersebut.  Saya  berasa  bersalah  kerana  saya  yang  gagal  mencapai  maksud  yang  cuba  diucapkan  beliau  dengan  susah  payah.  Ini  sedikit  petikan  perbualan  saya  dengan  beliau :
Saya : Nama sapa?
Faiz : Paeh.
Saya : Ha? (kurang dengar)
Faiz : Paeh.
Saya : Apa dia? Paeh? Betul?
Faiz : Paaaeeehhhh…! (menyebut  dengan  susah  payah)
Saya : … (terdiam dan berfikir sebentar)
Faiz  kelihatan  hampa  kerana  saya  gagal  memahami  kata—katanya.
Saya : Faiz!?
Faiz : Ha! Betul!  (tersenyum dan gembira)

MORAL  :  Kita  harus  lebih  peka  apabila  berbual  dengan  golongan  istimewa.




 tari-menari tertari-tari
 yang berbaju putih di belakang sekali tu Dr.Aris, pensyarah kami

                     Melalui  perbualan  saya  dengan  pengendali  pusat  harian  ini,  Puan  R.  Rajeswari;  kanak-kanak  di  pusat  itu  harus  dibimbing  secara  satu  sama  satu  bagi  melakukan  aktiviti-aktiviti  seperti  itu.  Namun  sekiranya  ada  di  antara  mereka  yang  berkemampuan  untuk  melakukannya  sendiri  atau  telah  mahir,  mereka  pula  yang  akan  membantu  rakan-rakan  mereka  yang lain.  Sesungguhnya,  nilai  kerjasama  adalah  nilai  yang  paling  utama  diterapkan  di  pusat  ini.
                     Melalui  pemerhatian  saya  juga,  muzik,  warna,  gerakan  ringkas,  dan  suku  kata  yang  mudah  dapat  menarik  minat  kanak-kanak  golongan  sebegini  untuk  menyertai  persembahan  atau  menonton  persembahan.  Dalam  teater  kanak-kanak,  memanglah  elemen  warna  dan  muzik  memainkan  peranan  penting.  Oleh  itu,  teater  kanak-kanak  sememangnya  boleh  dipersembahkan  kepada  golongan  kanak-kanak  istimewa  namun,  bahasa  atau  suku  kata  yang  digunakan  dalam  persembahan  itu  haruslah  lebih  ringkas  dan  mudah  difahami  berbanding  persembahan  untuk  kanak-kanak  normal.  Ini  adalah  kerana  mereka  lebih  tertarik  dan  faham  dengan  bahasa  tubuh  kerana  majoriti  daripada  mereka  gagal  memahami  bahasa  literal  dengan  sempurna   akibat  ketidakupayaan  diri.  Kostum  yang  digunakan  juga  harus  lebih  berwarna-warni  dan  ceria  selain  muzik  yang  catchy.   
                     Tempoh  lebih  kurang  2  jam  bersama  mereka  di  pusat  harian  itu  membuka  minda  dan  mata  saya  untuk  lebih  memahami  cara  kanak-kanak  istimewa  berfikir  dan  bertingkah  laku.  Jika  sebelum  ini,  saya  memang  mudah  bersimpati  jika  melihat  nasib  kanak-kanak  istimewa  yang  dipaparkan  di  kaca  televisyen,  namun  saya  tidak  pernah  menyelami  hati  mereka  dan  tahu  apa  yang  mereka  rasa.  Namun,  dalam  tempoh  yang  sesingkat  itu,  perasaan  simpati  saya  bertukar  menjadi  empati.  Saya  umpama  boleh  merasai   bagaimana  mereka  melihat  dunia  dari  kaca  mata  mereka.

 bersedia  sebelum  membuat  persembahan


 yang baju merah tu hyperactive - suka menari, joget kat kelas tak tentu pasal
 mereka ni semua di kelas Kelompok Jagaan Rapi
~aku  terlihat  seorang  anak  istimewa  tatkala  aku  sampai  di  situ,
   matanya  memandang  tajam  ke  arah  aku – atas  bawah,  penuh  tanda  tanya  dan  keterujaan
   entah  apa  yang  difikirkannya…
  mungkin  dia  berangan  nak  jadi  macam  aku?  -  sempurna  fizikal,  bergaya  berfesyen,  mampu        bergerak  bebas  sendiri…tetapi  tidak  dia.
ATAU
dia  sedang  melaknat  aku?~~~cemburu  aku  kelihatan  lebih  baik  daripada  dia  dari  sudut  fizikalnya?
menganggap  aku  mengejek-ngejek  dia  kerana  aku  boleh  melompat,  berdiri  dengan  satu  kaki,  dan  berlari … tetapi  tidak  dia?
AKU  TAK  RASA  BEGITU!
~~~dalam  hati  dari  wajah  yang  suci  itu,  mustahil  ada  hasad  dengki  mencemburui  orang  lain  yang   lebih  sempurna…
~~~mungkin  apa  yang  terlakar  dalam  hati  wajah  anak  yang  polos  itu  hanyalah  hak  untuk  difahami,  disayangi,  dan  dihargai  oleh  insan-insan  seperti  aku - yang  kononnya  sempurna  tetapi  banyak  kekurangan.
 sesungguhnya…mereka  itulah  yang  lebih  sempurna  hidupnya~~~

~~~FAHAMI,  HARGAI,  DAN  SAYANGI  INSAN-INSAN  ISTIMEWA  SELURUH  DUNIA~~~
sebarkan  rasa  cinta  sesama  insan

*sesiapa  yang  berminat  nak  melawat  tempat  tu,  atau  ingin  memberi  apa-apa  sumbangan;  ni  alamat  dia :
    Jalan  Sungai  Nipah,  Balik  Pulau
    11000  Penang,  Malaysia.
    Tel : 604-8669 506    Fax : 604-8863 506
    Email : bakti@phhb.org.my






jadual waktu belajar di Pusat Harian Harapan Bakti



 

Monday 7 March 2011

JULIE TAYMOR & THE LION KING.

Bercakap mengenai teater kanak-kanak, siapa yang tak kenal dengan Julie Taymor(?)...pengarah teater kanak-kanak yang amat terkenal di Amerika. Apa? Jika tidak pernah dengar...tentu anda pernah dengar The Lion King, kan? Ya! Filem animasi yang mendapat kutipan box office di seluruh dunia sekitar tahun 1994. Filem yang dimainkan oleh video player di rumah saya pada waktu itu...selama lebih lapan tahun kemudiannya, sehingga video tape filem tersebut rosak! Satu-satunya filem animasi yang memberi kesan yang amat besar pada zaman kanak-kanak saya. Seingat saya, pak cik saya yang menumpang di rumah kami pada waktu itu yang membelikan video tape filem tersebut kepada kami adik-beradik. Ia menjadi kegilaan kami sekeluarga dan dimainkan lebih kurang 3 kali sehari! Banyak masa dihabiskan bersama-sama di depan T.V pada waktu itu...sekeluarga. Pada waktu itu, saya sekitar umur 5 atau 6 tahun pada zaman filem itu divideokan. Filem tersebut mengambil masa selama 1 atau 2 tahun untuk divideokan kerana ia original...lagipun, tak banyak kes cetak rompak pada masa itu seperti sekarang. Selepas tu...kami beli pula sountracknya dalam bentuk kaset. Habis kesemua OST filem itu kami hafal...antara lagu favourite saya ialah Hakuna Matata.

 Berbalik kepada Julie Taymor...siapa dia Julie Taymor? Julie Taymor adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan The Lion King sebagai sebuah teater kanak-kanak yang amat berjaya dan memenangi banyak anugerah. Di bawah ini adalah info lengkap mengenai Julie Taymor yang saya dapati dari Wikipedia. Sebenarnya, artikel di bawah ini saya gunakan sebagai rujukan dalam jurnal subjek Teater Kanak-Kanak saya. Justeru itu, aartikel di bawah ini bukanlah hasil karangan saya; tetapi amat berguna untuk dibuat rujukan bagi sesiapa yang ingin mengenali Julie Taymor. Lagipun...saya dengar, dia ialah kawan kepada pensyarah saya!


Julie Taymor (drama & theater for children director)
Julie Taymor (born December 15, 1952) is an American director of theater, opera and film. Taymor's work has received many accolades from critics, and she has earned two Tony Awards out of four nominations, the Drama Desk Award for Outstanding Costume Design, an Emmy Award, and an Academy Award nomination for Original Song. She is widely known for directing the stage musical, The Lion King, for which she became the first woman to win the Tony Award for directing a musical, in addition to a Tony Award for Original Costume Design. She is currently working on the upcoming Broadway musical Spider-Man: Turn Off the Dark.

Early life and education

Taymor was born in Newton, Massachusetts, the daughter of Elizabeth (née Bernstein), a political science teacher, and Melvin Lester Taymor, agynecologist. She has a Jewish heritage. Taymor's interest in theatre took root early in her life. At the age of seven, she was already drawing her sister into stagings of children's stories for her parents. By the age of nine, she became entranced with the Boston Children's Theatre and became involved with them. In high school, she became interested in international travel, and made trips to both Sri Lanka and India with the Experiment in International Living. Being the youngest member of theatre groups became common, as she joined Julie Portman's Theatre Workshop of Boston at the age of 15. Yearning for a more in depth approach to her work, Taymor went to Paris to study with L'École Internationale de Théâtre Jacques Lecoq. During her studies there, she became exposed to mime which helped in the development of her physical sensibilities.

Although in 1970 Taymor enrolled in Oberlin College in Ohio, she sought experience with Joseph Chaikin's Open Theatre and other companies and studied through correspondence. Hearing that director Herbert Blau would be moving to Oberlin, she returned there and auditioned successfully, becoming, once again, the youngest member of a troupe. In 1973 Taymor attended a summer program of the American Society for Eastern Arts in Seattle. The instructors were performers of Indonesian topeng masked dance-drama and wayang kulit shadow puppetry. This would prove to have a great effect on Taymor in later years. Taymor graduated from Oberlin College with a major in mythology and folklore and Phi Beta Kappa honors in 1974.

Career

After her college years, Taymor used a Thomas J. Watson Fellowship to study pre-Bunraku puppetry on Awaji Island, Japan, to learn more about experimental theatre, puppetry, and visually oriented theatre. Taymor's greatest acclaim as a director for the stage has come from the popular musical The Lion King (1997), an adaptation of the animated film. Taymor received two Tony Awards for her work on The Lion King, one for Direction and one for Costume Design, making her the first woman to receive a Tony Award for directing a musical.

In 1991, Taymor won the prestigious MacArthur Fellowship ("genius" award) for her innovative work in theatre.

Taymor has also worked in film in recent years, directing Titus (1999) and Frida (2002). Both movies received positive reviews for their stylish filming; but Fridawas the more acclaimed of the two, garnering Oscar nominations in six categories and winning in two (Best Makeup and Best Original Score). Taymor and her husband Goldenthal were co-nominees in the Best Original Song category.

For the Metropolitan Opera 2005-06 season, Taymor directed a successful production of The Magic Flute. It was revised for the 2006-07 season and, in addition to full-length performances, was adapted for a 100-minute version over the Holiday season to appeal to children. That version of the opera was the first of a series of NCM Fathom Live on the Big Screen presentations of MET operas downloaded via satellite to movie theatres across North America and parts of Europe for the 2006-07 season.
In June 2006, Taymor directed the opera Grendel for the Los Angeles Opera, starring Eric Owens, which was also presented as part of the Summer 2006 Lincoln Center Festival in New York City. Taymor's most recent work has been as director of the film Across the Universe, a 1960s love story set to the music of The Beatles and starring Jim Sturgess and Evan Rachel Wood. The film opened in September 2007 and received a Golden Globe nomination for Best Comedy/Musical in 2008.
In November 2008, Taymor directed a film version of Shakespeare's The Tempest, to be released in December 2010.

In April 2007, it was announced that Marvel Studios was preparing to make a musical adaptation of Spider-Man for Broadway. Taymor was selected to direct the show and write the book with Glen Berger. The production features music and lyrics by Bono and The Edge. The musical, titled Spider-Man, Turn Off the Dark, was scheduled to begin previews on November 28, 2010, at the Foxwoods Theatre, with the official opening night scheduled for January 11, 2011. Taymor has been quoted as seeing this show as a mixture of a story based on a "genuine American myth" and an "inherent theatricality" that she could not resist:
It’s not difficult to see why Taymor, with her penchant for folk tales and fascination with the cycles of life, would be attracted to the epic tale of an ordinary boy who must cross the thresholds of death and rebirth to claim the mantle of hero. “Spider-Man is a genuine American myth with a dark, primal power,” Taymor says. “But it’s also got this great superhero, and—hey!—he can fly through the theater at 40 miles an hour. It’s got villains, it’s got skyscrapers, it’s colorful, it’s Manhattan. I knew it would be a challenge, but I saw the inherent theatricality in it, and I couldn’t resist.”
Taymor was the 2010 Commencement speaker for her alma mater, Oberlin College in Oberlin, Ohio.

Work

Stage

§  The Tempest (1986, by Shakespeare, abridged) - Director, puppetry. at Classic Stage Company (NY).
§  Oedipus Rex (1992, by Igor Stravinsky) - Director, puppetry. at Sito Kinen Festival in Matsumoto (also taped for TV, released 1993 / released DVD)
§  Juan Darién: A Carnival Mass (1996) – Director, co-bookwriter, co-scenic designer, co-costume designer, mask designer, puppet designer
 
Tony Award co-nomination for Best Scenic Design, Tony Award nomination for Best Direction of a Musical
§  The Lion King (1997, new musical by Elton John) – Director, lyricist for the song Endless Night, costume designer, co-mask designer, co-puppet designer
– Tony Award winner for Best Direction of a Musical, Tony Award co-nomination for
 
Best Original Score, Tony Award winner for Best Costume Design
§  The Green Bird (2000, new musical by Goldenthal) – Director, mask designer, puppet designer
§  The Magic Flute (2005, opera by Mozart) - Director. at Metropolitan Opera (NY), live broadcast for theatrical (HD). DVD selling at Operahouse only.
§  Grendel (2007, new opera by Goldenthal) - Librettist, Director
§  Spider-Man: Turn Off the Dark (2010, new musical adaptation of Spider-Man) – Director, co-book-writer, mask designer
Filmography
§  Fool's Fire (1992) (TV)
§  Oedipus Rex (1993) (opera)
§  Titus (1999)
§  Frida (2002)
§  Across the Universe (2007)
§  The Tempest (2010)

THE LION KING



                 SPIDER MAN: TURN OFF THE DARK



                               THE MAGIC FLUTE


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...