Domo-kun Confused

Sunday, 6 March 2011

SALAM PERMULAAN, SALAM KECERIAAN, SALAM BUAT KANAK-KANAK SEDUNIA!

Blog ini merupakan blog rasmi saya untuk subjek Teater Kanak-Kanak (Drama & Theatre for Children), atau juga boleh disebut sebagai Persembahan untuk Kanak-Kanak (Performance for Children). Saya merupakan penuntut jurusan Lakonan & Pengarahan di Universiti Sains Malaysia. Tujuan blog ini wujud adalah untuk berkongsi ilmu, pandangan, pendapat, pengalaman dan sebagainya mengenai hal-hal yang berkaitan kanak-kanak atau perkara-perkara yang berkaitan. Adapun saya ini merupakan seorang yang masih belajar, akan tetapi ada perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama. Sama-samalah kita mengimbau kembali nostalgia kanak-kanak di blog ini, disamping cuba mendalami hati kanak-kanak agar kita lebih mengenali mereka. Saya juga mendapati blog-blog sebegini jarang diwujudkan di Malaysia, jika adapun...dibuat oleh segelintir bloger-bloger yang berkecimpung dalam bidang yang terlibat secara langsung dengan dunia kanak-kanak, seperti guru tadika, misalnya. Serba sedikit mengenai diri saya, akan saya ceritakan di kemudian hari...boleh juga saya mengimbau kembali proses saya membesar dan mengetahui siapa saya sekarang. Saya pernah terbaca(kini tak dapat ingat dengan sahih,tetapi akan saya susul nanti), 80% personaliti orang dewasa, dibentuk pada zaman kanak-kanak mereka. Oleh itu, akan saya imbau pengalaman kanak-kanak saya di sini...dalam proses mengenali siapa saya yang sebenarnya.
Sekian, salam keriangan dari saya... RIZ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...